Soalan yang sering diajukan

Masih memerlukan pertolongan?

Kelayakan

Program AAMEP 2022 terbuka kepada para pemuda-pemudi Muslim dan pemimpin-pemimpin muda dalam lingkungan umur 23 hingga 40 tahun. Mereka mestilah berasal dari Australia, Malaysia, Thailand, Filipina atau Brunei Darussalam dan aktif menyumbang dalam komuniti masing-masing.

Para pemohon mestilah beragama Islam, berwarganegara dari sesebuah negara
yang layak untuk memohon, dan aktif menyumbang kepada komuniti masing-masing, sama ada melalui pekerjaan formal dan/atau jaringan sukarelawan. Oleh kerana semua mesyuarat AAMEP akan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, para pemohon dari negara ASEAN perlu mempunyai tahap kefasihan dan penguasaan untuk bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris yang tinggi.

Untuk makluman, program AAMEP bukan sebuah program pertukaran pelajar. Walau bagaimanapun, para pelajar universiti amat digalakkan untuk memohon sekiranya memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Para peserta dari Indonesia pula digalakkan untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai program AIMEP yang merupakan sebuah program khusus antara Australia dan Indonesia. AIMEP terbuka kepada para pemuda-pemudi Muslim dan pemimpin-pemimpin muda yang berasal dari Australia dan Indonesia. Pendaftaran program ini akan dibuka pada pertengahan tahun 2022.

Calon-calon program AAMEP dan AIMEP dikira sebagai seseorang yang menyumbang secara aktif dalam komuniti masing-masing melalui pebagai cara, termasuklah sama ada melalui pekerjaan formal atau penglibatan sebagai seorang sukarelawan. Dan calon tidak semestinya seorang guru agama atau yang berkaitan dengannya.

Dalam sesi penganjuran yang lalu, kami menerima ramai peserta yang terdiri daripada masyarakat sivil, pendidik, ilmuwan, aktivis, pemimpin agama, peguam, seniman/budayawan, wartawan, aktivis antara agama, penganjur keamanan, ahli politik, usahawan, dan ramai lagi, yang mewakili pelbagai
kepakaran dalam komuniti-komuniti Muslim di wilayah yang terdapat ramai komuniti Muslim.


Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut berkenaan dengan kelayakan untuk memohon, anda boleh menghubungi kami secara terus.

Keutamaan untuk pemilihan peserta AAMEP dan AIMEP akan diberikan kepada para pemohon yang berumur dalam lingkungan 23 hingga 40 tahun. Dalam keadaan yang amat jarang berlaku, sekiranya terdapat kekurangan pemohon yang bersesuaian dalam lingkungan umur yang ditetapkan, para pemohon yang berumur di luar lingkungan umur tersebut akan dipertimbangkan untuk dipilih menjadi peserta program.

Nota untuk para pemohon berumur 22 atau 40 tahun:

Bagi menentukan sama
ada anda layak untuk memohon program semasa, pihak penganjur akan mempertimbangkan umur anda pada hari bermulanya program. Sebagai contoh, sekiranya anda berumur 23 – 40 tahun pada 31 Januari 2022, bermakna anda
layak untuk memohon program AAMEP 2022. (sila rujuk Key Dates).

Program AAMEP 2022 merupakan program yang terbuka kepada semua warganegara Australia, Malaysia, Thailand, Filipina, dan Brunei Darussalam. Para pemohon yang bukan berwarganegara ASEAN seperti yang disebutkan adalah tidak layak untuk memohon bagi menyertai program AAMEP 2022, namun berkemungkinan layak untuk program AAMEP pada tahun-tahun mendatang.

Warganegara Indonesia berkelayakan untuk memohon Australia-Indonesia Muslim Exchange Program atau AIMEP. Permohonan untuk menyertai program AIMEP yang terdekat akan mula dibuka pada pertengahan 2022. Sila lawati seksyen AIMEP di laman web untuk mendapatkan penerangan lanjut mengenainya dan daftarkan emel anda untuk menerima notifikasi berkenaan program tersebut.

Selagi mana anda memegang kewarganegaraan negara asal yang melayakkan anda untuk memohon, maka anda boleh memohon untuk menyertai program AAMEP dan/atau AIMEP secara maya. Walau bagaimanapun, untuk memastikan penganjur dapat mempertimbangkan kelayakan anda menjadi calon program, anda mestilah berkemampuan untuk membuktikan bahawa anda terlibat secara aktif menyumbang dalam komuniti di negara asal anda.

Untuk makluman, program AAMEP 2022 hanya terbuka kepada semua warganegara Australia, Malaysia, Thailand, Filipina, dan Brunei Darussalam sahaja. Sekiranya anda tinggal di sesebuah negara yang disebutkan di atas, tetapi bukan warganegara negara yang disebutkan, bermakna anda tidak layak untuk memohon mana-mana program tersebut.

Proses Permohonan

Permohonan untuk program AAMEP perlu ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Bagi memperkukuhkan lagi permohonanan, kami menggalakkan para pemohon untuk sertakan bersama, sama ada dua atau tiga surat rujukan/surat saranan. Sekurang-kurangnya, satu surat daripada organisasi komuniti Muslim. Sekiranya tidak dapat dilakukan, anda boleh sertakan surat daripada mana-
mana individu yang dapat menerangkan aktiviti anda dan turut menyokong atau bekerja dengan komuniti Muslim di tempat anda.

Semua surat rujukan perlu datang daripada individu-individu yang mengenali anda secara dekat dan boleh menjamin kesesesuaian anda sebagai seorang calon peserta yang berpotensi.
Surat-surat rujukan untuk permohonan program AAMEP mesti ditulis dalam Bahasa Inggeris

Sekiranya anda boleh bertutur Bahasa Inggeris dengan fasih atau telah menamatkan pengajian yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya, anda boleh buktikan melalui permohonan bertulis dan menyenaraikan sebarang pencapaian pendidikan melalui CV anda.

Sekiranya perkara di atas tidak dapat dilakukan, kami menggalakkan anda untuk sertakan bersama bukti tambahan mengenai keupayaan Bahasa Inggeris anda. Ini mungkin termasuk keputusan ujian Bahasa Inggeris seperti TOEFL atau IELTS.

Sekiranya masih tidak jelas, anda boleh menghubungi kami secara terus untuk perbincangan lanjut.

Dokumen sokongan tambahan, seperti surat rujukan tambahan, adalah tidak wajib, tetapi kami akan menerimanya. Disarankan agar para pemohon tidak lampirkan bersama salinan sijil-sijil, anugerah-anugerah, transkrip universiti atau dokumen-dokumen yang hampir sama dengannya

Semua pemohon akan dimaklumkan mengenai status permohonan melalui emel masing-masing, sama ada berjaya atau tidak. Para pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui emel atau telefon untuk membincangkan waktu yang sesuai bagi sesi temuduga atau sekiranya pihak penganjur memerlukan apa-apa
keperluan tambahan yang lain.

Untuk program-program secara dalam talian, kami akan menerima sekitar 28 hingga 30 orang perwakilan (sekitar 20 orang dari negara-negara ASEAN dan 10 orang dari Australia).

Program

Program AAMEP 2022 akan berlangsung selama 8 minggu, bermula pada 31 Januari 2022 hingga 28 Mac 2022.

Bagi perwakilan negara ASEAN, oleh kerana zon masa yang berbeza-beza, ada kemungkinan sesi-sesi penting akan berlangsung pada waktu-waktu akhir hari bekerja. Sebagai makluman tambahan, khususnya untuk perwakilan Australia,
beberapa lawatan maya (secara langsung) ke beberapa tempat seperti lawatan ke sekolah, dijadualkan akan berlangsung pada waktu-waktu akhir pekerjaan.
 
Semua pemohon yang berjaya akan menerima surat rasmi yang akan turut menyatakan bahawa program ini merupakan inisiatif Jabatan Perdagangan dan Luar Negeri, Kerajaan Australia. Surat ini boleh digunakan bersama dengan dokumen-dokumen lain yang diperlukan untuk mendapat kebenaran cuti bekerja.
 
Sekiranya anda memerlukan sokongan lanjut, anda dialu-alukan untuk menghubungi pihak kami secara terus untuk membincangkannya.
 
Untuk makluman, waktu kemungkinan besar berlangsungnya sesi-sesi utama adalah seperti berikut:
 
Sesi Ceramah Utama:
Isnin, Selasa & Khamis
3-5 petang Bangkok
4-6 petang KL/Manila/Brunei
7-9pm Melbourne/Sydney

Sesi Sosial AAMEP (Pilihan)
Jumaat
4-5 petang Bangkok
5-6 petang KL/Manila/Brunei
8-9 petang Melbourne/Sydney

Lawatan maya (secara langsung)
Akan dimaklumkan
Program AAMEP terdiri daripada tiga sesi atau peluang utama untuk disertai para perwakilan. Ini termasuklah sesi bersama para pensyarah, interaksi sesama perwakilan, dan lawatan maya (secara langsung).

SESI CERAMAH
Melalui sesi-sesi ceramah secara langsung yang dianjurkan pada setiap minggu, para perwakilan akan mendapat akses ekslusif kepada para penceramah dan pakar yang terkenal dalam bidang masing-masing. Setiap sesi ceramah akan disampaikan melalui Zoom, diikuti dengan sesi soal-jawab interaktif yang akan memberi peluang kepada para perwakilan untuk berdialog dengan para penceramah jemputan dari pelbagai wilayah.
 
Sesi-sesi ceramah yang merupakan medium penyampaian unsur-unsur teras program AAMEP ini akan berlangsung sebanyak tiga kali dalam seminggu.
 
Waktu kemungkinan besar berlangsungnya sesi-sesi ini adalah seperti berikut:
 
Isnin, Selasa, dan Khamis
3-5 petang Bangkok
4-6 petang KL/Manila/ Brunei
7-9 petang Melbourne/Sydney
 
INTERAKSI PERWAKILAN
Hubungan dan interaksi sesama perwakilan merupakan nadi dan pengalaman utama dalam program AAMEP. Para perwakilan akan disediakan pelbagai platform dan peluang untuk berhubung, berkolaborasi, dan saling mempelajari antara satu sama lain.

Melalui sesi-sesi interaksi sosial para perwakilan sehinggalah ke sesi minum kopi maya (bersemuka peribadi secara dalam talian) dan perbincangan serius di bilik-bilik perbincangan, AAMEP menawarkan pelbagai peluang menarik untuk menjalin persahabatan, hubungan, dan kolaborasi dengan rakan-rakan felo
perwakilan untuk sepanjang hayat.

Waktu berlangsungnya sesi interaksi adalah lebih fleksibel berbanding sesi-sesi ceramah dan ia termasuklah:
Sesi-sesi Sosial AAMEP (Pilihan)
Kemungkinan besar pada setiap hari Jumaat
4-5 petang Bangkok
5-6 petang KL/Manila/Brunei
8-9 malam Melbourne/Sydney
 
Sesi Minum Kopi secara Maya (bersemuka peribadi secara dalam talian)
Setiap perwakilan digalakkan untuk memilih mana-mana waktu cadangan dengan lebih awal supaya boleh bersedia 30 minit lebih awal bagi sesi minum kopi secara maya yang akan berlangsung pada setiap minggu sepanjang program berlangsung.

Platform-Platform Perwakilan yang Interaktif dan Pelbagai Sumber Maklumat
Ini boleh dilakukan mengikut waktu masing-masing. Kami menyarankan ia dilakukan dalam tempoh purata sekitar 30 minit hingga 1 jam seminggu.
Lawatan Maya yang dibuat secara langsung menawarkan keunikan tersendiri untuk menyelami sesuatu budaya atau sejarah komuniti tempatan di pelbagai
wilayah. Lawatan yang dianjurkan secara maya ini direka khusus untuk program AAMEP dan AIMEP dengan memaparkan lokasi-lokasi penting dan juga
perkongsian mengenai projek-projek komuniti setempat menerusi penstriman video.

Kami merancang untuk mengadakan beberapa lawatan maya (secara langsung) dalam tempoh 8 minggu berlangsungnya program, namun ia bergantung kepada situasi perintah kawalan atau sekatan pergerakan yang mungkin berlaku disebabkan pandemik COVID-19 pada masa tersebut.
 
Pihak kami belum menetapkan waktu khusus untuk pelaksanaan lawatan-lawatan tersebut, namun kami menjangkakan ia akan dilaksanakan pada hujung minggu. Kami amat menggalakkan para perwakilan untuk turut sama terlibat dalam siri lawatan yang dianjurkan.

Program-program AIMEP dan AAMEP secara maya akan berlangsung selama 8 minggu, dan pelbagai tema serta fokus yang telah disusun untuk setiap minggu, termasuklah:

  • Pengenalan kepada Islam di Rantau Kita
  • Kepimpinan dan Kerajaan
  • Keluarga dan Gender
  • Pembentangan oleh Para Perwakilan (peluang untuk mendengar pembentangan
    daripada rakan-rakan perwakilan yang lain)
  • Belia dan Pendidikan
  • Keragaman Amalan Keagamaan
  • Pembangunan Komuniti dan Keadilan Sosial
  • Seni, Media dan Spiritualiti

Sekurang-kurangnya, para perwakilan perlu berkemampuan untuk mengakses Zoom di telefon bimbit masing-masing dengan jaringan internet yang stabil. Akses kepada laptop atau komputer peribadi menjadi bonus untuk memudahkan lagi interaksi, melalui skrin yang lebih besar. Namun, ia bukan suatu yang wajib.

Kami berusaha untuk memastikan program-program yang berlangsung secara dalam talian dapat diakses oleh para perwakilan yang tidak berada di bandar-bandar besar dan berkemungkinan berhadapan dengan isu jaringan internet yang tidak kuat dan stabil. Kebanyakan mesyuarat secara langsung akan dilaksanakan menerusi Zoom, manakala platform-platform interaksi dalam kalangan para perwakilan dan akses kepada pelbagai sumber akan dibuat menerusi Slack dan pelayar web.

Sekiranya anda mempunyai kebimbangan dari sudut jaringan internet atau apa-apa aspek teknikal yang lain, berkait dengan penyertaan anda dalam program-program secara maya, anda boleh menghubungi kami.

Pembentangan oleh para perwakilan adalah berkaitan dengan kisah-kisah mereka dalam kerja komuniti, budaya tempatan atau pengalaman peribadi bersama rakan perwakilan dari pelbagai wilayah. Ia harus dirancang dan disusun supaya mudah difahami dan meyeronokkan.

Setiap sesi pembentangan perwakilan akan melibatkan 10 perwakilan dan diberi masa selama 5 minit bagi setiap pembentangan. Para perwakilan akan diminta untuk benar-benar berfikir dan menyusun kisah yang mahu dikongsikan. Dengan menggunakan gambar-gambar sebagai bahan utama pembentangan, mereka juga akan dibantu untuk menyediakan pembentangan tersebut menggunakan PowerPoint atau dalam format PDF. Bahkan, pasukan teknikal kami juga sedia membantu sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan lain!

Program-program secara maya yang dianjurkan ini akan berlangsung sepenuhnya secara dalam talian, tanpa memerlukan para perwakilan untuk melakukan sebarang perjalanan antarabangsa.

Alumni program-program maya kami masih layak untuk memohon program-program fizikal sekiranya dianjurkan pada masa akan datang, dengan syarat mereka mestilah masih menepati kriteria-kriteria pemilihan pada waktu tersebut. Kami turut berharap sekiranya perjalanan antarabangsa dapat dilakukan melibatkan para alumni program secara maya, tetapi tiada jaminan ia dapat dilakukan dalam masa terdekat.

Australia Indonesia Muslim Exchange Program atau AIMEP merupakan program secara tahunan yang berlangsung dengan kekerapan setahun sekali. Perincian permohonan bagi setiap tahun penganjuran akan diumumkan melalui laman web, emel, dan media sosial. Sila ikuti Facebook, Instagram, dan LinkedIn kami. Anda juga boleh mendaftar untuk dimasukkan dalam senarai emel kami supaya dapat menerima notifikasi apabila permohonan baharu mula dibuka.

Pada masa ini, Australian ASEAN Muslim Exchange Program atau AAMEP, dianjurkan setiap dua tahun sekali. Permohonan untuk AAMEP 2022 telah dibuka sehingga 7 November 2021. Untuk mendapatkan perincian lanjut berkaitan permohonan penganjuran program, sila layari laman web, emel, dan media sosial kami. Ikuti juga Facebook, Instagram, dan LinkedIn kami atau mendaftar untuk dimasukkan dalam senarai emel kami supaya dapat menerima notifikasi apabila permohonan baru mula dibuka.